Tips kenali Vans Halal

Ramai peminat Vans kat sini terutama anak muda atau geng skaters. Tetapi yg merisaukan ramai xtau macam mana nak tau ada pigskin aka kulit khinzir pada kasut jenama ni.

Mari ikuti sharing dari rakan Facebook kita Arez Mizi yang bermurah hati memberi maklumat ini. Bukanbapa kebaikan kita jugak lebih-lebih lagi yang muslim, kang x pasal bergelumang najis wei.

Hallo gaiss Gratiss gaisss😁

Hari ini saya akan ceritakan macam mana nak tau kasut Vans tu ada pigskin atau tak. Saya akan tunjuk satu per satu details macam mana nak tau Vans itu ada pigskin. Kat sini ada 5 gambar, saya akan jelaskan kat bawah bagi setiap gambar macam mana nak bezakan pigskin dengan kasut yang bebas daripada pigskin. SILA BACA BETUL2 DI BAWAH 👇🏻
.
1) Gambar pertama adalah tag logo belakang kasut Vans yang biasa kita nampak. Kalau tag belakang kasut anda bentuk sebiji macam dalam gambar, kasut tu 100% TAKDE pigskin material dalam kasut tersebut. Maknanya, anda boleh pakai kasut tersebut tanpa was was.

2) Gambar kedua pulak Tag Logo belakang kasut, kalau anda perasan, Logo dia lain sikit daripada logo gambar pertama. Setiap kasut yang logo macam gambar kedua, nama dia adalah Vans Vault. Dan setiap kasut Vans Vault ADA pigskin material. So anda perlu hati2 jika memegang material kasut tersebut. .


TETAPI, bagi setiap kasut Vans Vault, ada 3 bahagian yang materialnya ada pig skin. Anda kena perhatikan betul2, sebab bagi setiap model kasut Vans Vault, material pig skin dia ada di salah satu daripada 3 tempat. Mari saya tunjukkan.

3) Di gambar ke 3 ni, anda nampak bahagian yang saya bulatkan tu, ada tiga biji bintik di bahagian material kasut tersebut. 3 bintik itu menunjukkan material yang digunakan ada lah 100% PIGSKIN.

4) Dan pada Kasut Vans Vault, ada juga pada bahagian insole/ Tapak dalam. Pada sesetengah kasut Vans Vault di bahagian insole/ tapak dalam, material yang digunakan adalah PIG SKIN 🐷. So jika anda berminat juga untuk pakai kasut tersebut, anda boleh tanggalkan bahagian tersebut atau lapik menggunakan plastic lutsinar. Jika anda was was, JANGAN PAKAI TERUS KASUT TERSEBUT.

5) Last but not least, leather kat belah dalam. Leather pada bahagian tersebut juga mengandungi material Pig Skin, tapi tidak semua kasut. Cuma pada kasut Vans Vault yang material dalamnya ada leather sahaja, dan jika anda perhatikan betul, ada jugak kesan 3 bintik pada bahagian tersebut. .


Saya harap info ini berguna bagi yang tidak tahu membezakan Vans yang bebas Pigskin dan yang ada Pigskin

Sila share jika anda rasa info ini berguna 👌

sumber & credit to Facebook Arez Mizi