Lakonan Norlia Ghani dan Hamidah Wahab Masih Relevant – Michael Ang

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk berkerja dengan pelakon veteran Norlia Ghani dan Hamidah Wahab dalam drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad.

Menerusi entri di Instagram (IG), Michael Ang kagum dengan bakat yang ada ada kedua pelakon tersebut dalam menghidupkan watak yang diberikan.

“Salam semua! I am so honoured to have worked dengan dua pelakon ni @norliaghani @hamidah7722 to me mereka ni masih relevant.

“Banyak saja jenis watak dia orang boleh bawak! So jangan pandang mereka sebelah mata dan hargailah mereka.

“Jangan lupa malam ini, pukul 10 malam di Astro Ria n RiaHD drama Setelah Terlafaznya Akad,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Michael Ang dan mereka akui kagum dengan lakonan yang ditonjolkan oleh Norlia Ghani dan Hamidah Wahab.

“@shellybellymelly: Sedih gila semalam tengok Tok Ma menangis sampai terduduk. Terkesan dihati. Please offer banyak job lagi pada diorang. Moga makin murah rezeki auntie-auntie.”

“@amirah_omar: Memang best mereka berlakon. Hope ada lagi lakonan mereka selepas ini.”

“@kakanim: Kalau kerja dengan pelakon senior yang hebat macam mereka berdua ni, jangan bayar dengan harga murah tau.”

“@qaminan: Ni dah ketegori legend dah. Seniwati terhebat. Diaorang memang terbaik.”

Selain Norlia Ghani & Hamidah Wahab drama bersiri ini turut dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!

Sumber : Gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *