Kejadian Tembakan Rambang di Texas U.S

Gambar CCTV El Paso Wallmart. Suspect berusia 21 tahun membawa senjata AK47 dan melwpaskan tembakan rambang. Lebih 20 orang awam cedera san angka kematian masih belum di keluarkan.

EL PASO: Seorang lelaki bersenjatakan raifal melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung di sebuah gedung sesak Walmart semalam, dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dalam insiden tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat (AS).

Walaupun skala sebenar tragedi di Texas di sini masih tidak diketahui, saluran televisten meletakkan angka yang maut antara 15 dan 20 orang sementara anggota paramedik dilaporkan merawat puluhan mangsa.

Selepas bercakap dengan Gabenor Texas, Presiden Donald Trump menulis di Twitter bahawa ‘laporan amat menyedihkan, ramai terbunuh’ sementara beberapa Demokrat yang berhasrat mengalahkan beliau dalam pilihan raya tahun depan berkata, sudah terlalu lewat untuk menangani ‘epidemik’ keganasan senjata.

Ia adalah insiden tembakan kedua membawa maut dalam tempoh kurang seminggu di gedung Walmart, AS dan berlaku selepas insiden tembakan besar-besaran di California hujung minggu lalu.

Menurut polis, seorang suspek sudah ditahan.

Rakaman menerusi kamera telefon menunjukkan mayat terbaring di kawasan parkir gedung itu sementara pihak berkuasa di sini membuat rayuan terdesak supaya orang ramai menderma darah.

Rakaman lain menunjukkan pengunjung yang ketakutan berlari keluar dari gedung itu ketika bunyi tembakan kedengaran.

Walaupun polis menahan mengumumkan angka sebenar yang maut, saluran NBC melaporkan 19 terbunuh manakala 40 cedera. CBS pula memetik Peguam Negara Texas sebagai berkata, antara 15 dan 20 orang maut sementara sumber penguat kuasa undang-undang memberitahu ABC News, sekurang-kurangnya 18 terbunuh. -Reuter

At least 20 killed in El Paso mass shooting

DEADLY MALL MASSACRE: At least 20 people were killed and dozens injured when a gunman opened fire at a Walmart shopping center in El Paso, Texas, making it one of the ten worst mass shootings in U.S. history; with the 21-year-old suspect, Patrick Crusius now in custody. Marcus Moore and Pierre Thomas report. https://abcn.ws/2yzwIjp

Posted by ABC World News Tonight with David Muir on Sabtu, 3 Ogos 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *