Kayangan atau marhaen

Setakat ini banyak terpapar berita peniaga kecil yang di saman gara-gara melanggar SOP. Yang lagi pedih mereka berniaga untuk cukup-cukup hidup, bukan nak bermewah, bukan nak ber gucci bagai.

Aku sebagai rakyat akur dengan perintah kerajaan dek kerana si covid ni. Ya kita semua susah hati dan tersepit dengan keadaan sekarang, ada yang di buang kerja, di potong gaji, tutup perniagaan malah bertukar profesion pun ada.

Yang membuatkan ramai tidak dapat di terima adalah bagaimana penguatkuasaan pilih bulu. Bulu kami berbeza harga weiiiii….. So macam mana kita nak atasi masalah ini adalah dengan

1. Faham dengan apa yang di kuatkuasakan.

Apahal kami tak faham pula!!!! Sabar rakyat jelata sekalian, tenang is better hehehe. Kita jangan melompat dahulu tapi fahamkan konsep apa yang hendak di kuatkuasakan tu. Contoh waktu operasi premis, kalau kawasan PKPD kena tutup pukul sepuluh kita tutup. Penjarakan sosial serta berbagai SOP yang lain,

2. Jangan tegang urat dengan penguatkuasa.

Kita kalau kena jangan terus lawan dan memberontak kerana pihak penguatkuasa akan bertindak lebih kerana… dorang ada kuasa, dari kena sekeping kene berkeping2 kan susah. Kita pula yang makin naik darah layan, saya bukan nak suruh anda semua lawan penguatkuasa tapi kita hormat mereka buat kerja. Sebab bila kita bertindak balas mereka boleh bertindak atas tiket ancaman kepada kakitangan awam.

3. Minta penjelasan.

Ya minta penjelasan atas kesalahan apa yang anda di kenakan tindakan atau saman. Kerana ramai yang jenis terima bila kena tindakan ini. Lagi satu sebelum tu minta pihak penguatkuasa tunjukkan kad kuasa, jika polis kita boleh beza kan warna kad kuasa mereka:

Perhatikan kad kuasa yang dimiliki kerana melambangkang pangkat bagi seseorang anggota berkenaan.

Biru : Berpangkat Inspektor
Kuning: Inspektor ke bawah
Putih: Anggota simpanan
Merah: Anggota yang telah digantung, beliau tiada kuasa untuk menahan orang awam.

4. Rakam jika perlu.

Aik boleh ke rakam? Jawapan untuk ini adalah boleh selagi tidak meganggu tugas penguakuasa. Ramai yang tidak tahu bahawa tidak ada akta yang menghalang seseorang untuk merakam di khalayak ramai. Namun, anda tidak boleh merakam gambar yang tidak senonoh atau yang boleh merosakkan reputasi mereka.

Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyatakan:

“Whoever, intending to insult the modesty of any person, utters any word, makes any sound or gesture, or exhibits any object, intending that such word or sound shall be heard, or that such gesture or object shall be seen by such person, or intrudes upon the privacy of such person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years, or with fine, or with both.”

Tetapi, bagaimana pula sekiranya seseorang menyalahguna kuasa atau mengancam untuk menyakiti anda? Sudah tentu anda mahu merakam untuk dijadikan sebagai bahan bukti sewaktu membuat laporan polis. Tiada sekatan untuk anda merakam asalkan tidak mengganggu privasi seseorang.

Lagi satu ketika rakaman jangan provokasi kerana ini akan menunjukkan anda salah yaaa. Tips di bawah untuk selamat

Perbuatan rakaman tidak boleh mengganggu pegawai polis yang menjalankan tugasnya.

Jika pegawai polis sedang menjalankan siasatan, anda dilarang merakam sekiranya ia boleh menjejaskan keseluruhan siasatan. Jika rakaman anda boleh mengalih perhatian atau mengganggu pegawai dari menjalankan tugasnya, dia berhak meminta anda menghentikan rakaman.

Sebagai contoh, jika anda diberhentikan oleh seorang pegawai polis di tengah malam dan dia ingin memeriksa kereta anda, anda tidak boleh menghalangnya dari berbuat demikian, aksi anda merakam tidak sepatutnya mengganggu siasatan pegawai berkenaan.

Maklumkan anda ingin merakam situasi.

Adalah lebih baik untuk memaklumkan kepada pegawai bahawa anda akan merakam perbualan antara dia dan anda.

Jangan memfitnah pihak polis.

Kebanyakan rakaman yang melibatkan pegawai polis akan berakhir di media sosial. Jika anda membuat keputusan untuk berkongsi rakaman anda, sebaiknya tanpa sebarang komen yang melebih-lebih. Membuat sebarang kesimpulan atau menambah apa-apa tafsiran lain mungkin akan menimbulkan masalah kepada anda, dan boleh dianggap memfitnah polis. Sekiranya nak berkongsi, adalah lebih baik berkongsi fakta tentang apa yang berlaku sahaja.

Ok lastly kita ada hak untuk menacabar tindakan kompaun PKP di mahkamah, ini kerana saman bawak akta 342 hanya boleh di kurangkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) . Jika kita tidak puas hati dengan kadar kompaun pihak PKD akan bg tarikh untuk ke mahkamah. So bila ke mahkamah bawak laaa bukti apa yang patut aka rakaman macam di terangkan di atas.

Jadi minta semua menjaga SOP , diri dan komuniti ya disini bukan nak ajar jadi pemberontak tetapi ketahui hak kita sebagai orang awam yang tak berapa nak kayangan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *