Cuci Mesin Basuh dengan Washtub Cleaner Daiso

Bertahun-tahun beli mesin basuh pernah tak jaga kebersihan mesin basuh kita? Haaa, Min berani kerat jari lah mesti tak ramai yang bersihkan mesin basuh kan? Kalau ada pun sekadar bersihkan filter dia sahaja.

Semalam Min ada singgah Daiso dan kebetulan terpegang ‘Washtub Cleaner’. Dah terpegang terus terbeli lah kan. Bukan mahal pun RM5.90 je satu. Nak tau rupa dia? Tengok gambar bawah ni.

Jom tengok hasilnya. Memang hitam legam dan berkeladak. Padahal Min selalu juga buat manual cleaning filter dia. Tak sangka sekotor ni.

Amacam? Puas hati tak kalau tengok hasil macam ni? Haaa, tak perlu susah-susah cari produk mahal-mahal. Beli je dari Daiso ni. Psstt, agaknya kedai Eco ada tak? Kalau ada Min nak cuba. Kalau korang pernah cuba produk lain yang lagi murah roger Min tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *